ROJAK BUAH


Bahan-bahan:

1 cawan kicap manis

½ cawan sos cili

2 sudu cili boh

2 inci belacan

Air

2 sudu gula Melaka

2 sudu gula pasir

10-20 tangkai cili

Kacang tanah

Bijan


Cara Masakan:

1.  Masukkan kicap manis, sos cili, cili boh dan belacan yang dibakar sikit.

2.  Masukkan sikit air.

3.  Gula Melaka dan gula biasa.

4.  Nak pedas sikit, guna cili – ikut suka nak pedas banyak – letak banyak.

5.  Pastikan guna minyak sederhana dan selalu kacau, supaya tak bagi dia hangus.

6. Buah boleh guna buah-buahan biasa seperti sengkuang, epal ikut suka nak guna buah apa dalam hutan boleh pakai.

7.  Kisar kacang tanah. Sebagai hiasan atas rojak tu nanti.

8.  Nak cicah pun boleh nak letak dalam bekas pun boleh.

Sedia dihidang dan selamat mencuba!


Comments