LAKSAM

               Resipi Laksam oleh Lily Suryani Mohd Ali - Cookpad

BAHAN LAKSAM:

3 cawan tepung beras

½ cawan tepung gandum

Sedikit garam

5 cawan air suam

 

BAHAN KUAH:

4 ekor ikan kembung

5 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 tbsp lada hitam

½ inci halia

2 asam keping

1 cawan santan

1 batang serai

Gula

Garam

Air secukupnya

 

BAHAN SAMBAL:

Cili padi

Gula

Garam

Cuka

 

BAHAN SAYUR:

Kubis

Bunga kantan

Daun kesum

Kacang panjang

Timun

            Resipi Laksam Tok Kamariah | FriedChillies › The All-Time Food Network

CARA MEMASAK:

1.       Campurkan kesemua bahan untuk buat laksam dan kacau rata. Kemudian, ambil Loyang dan sapukan dengan minyak.

2.       Tuang adunan laksam ke atas Loyang. Kukus 5 minit. Apabila sudah sejuk, gulungkan laksam tadi. Ulang sampai habis dan ketepikan.

3.       Untuk membuat kuah, rebus ikan bersama asam keeping dan juga sedikit garam.

4.       Apabila sudah masak, perisikan isi ikan sahaja.

5.       Kisar bawang, halia, lada hitam, da nisi ikan bersama air rebusan ikan tadi.

6.       Tuangkan di dalam periuk. Kemudian, masukkan santan dan serai.

7.       Masak seketika dn perasakan dengan gula dan garam. Jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan santan kita pecah minyak.

8.       Kisar halus kesemua bahan untuk buat sambal. Perasakan.

9.       Hiris halus segala ulaman yang ada.

10.   Laksam sedia dihidang bersama kuah, ulam dan sambal. Selamat mencuba.


Comments