KUEY TIOW LADNA

                                      

KUEY TIOW LADNA 

Bahan-bahan: 
1 paket kuey tiow
2 sudu sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu sos ikan
sedikit air


Bahan kuah: 

6 ulas bawang putih
sedikit minyak untuk menumis
1 cawan isi ayam dihiris
1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
2 biji telur
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
2 sudu sos ikan 
1 paket mee sup
Air secukupnya (3 atau 4 cawan)
sayuran pilihan (cendawan hitam direndam sampai kembang, digunting + kailan, kobis cina+ lobak+ cendawan enoki)
3 atau 4 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air

                                                                    

Cara membuat: 

1. Buat kuey tiow dulu, panaskan kuali, masukkan semua kuey tiow.
2. Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuang kedalam kuey tiow. kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak. 
3. Tutup api dan angkat.
4. Bahagian kuah pula, panaskan miyak, tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
5. Masukkan ayam dan daging. kacau.
6. Tambahkan air. masukkan serbuk mee sup, lobakdan batang kailan.
7. Perasakan dengan sos ikan. kacau dan biar mendidih.
8. Masukkan cendawan hitam dan kacau.
9. Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang siap dipotong.
10. Tambahkan telur. kacau perlahan.
11. Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. tutup api.
12. Tuang kuah atas kuey tiow, makan dengan cili potong dan sos ikan. 
13. Dah siap. sedia untuk dihidangkan. sedap dinikmati bersama ahli keluarga tercinta. 

    Comments