AGAR-AGAR SUMI

BAHAN-BAHAN:

2 paket sumi

10 gram agar-agar tali

1 tin susu cair gula kastor

Air secukupnya

Perasa strawberry

Perasa lemon


CARA MEMASAK:

1.       Kupaskan plastik sumi terlebih dahulu dan ketepikan.

2.       Untuk membuat lapisan pertama, rebuskan 2 gram agar2 bersama 100 mk air dan 100 ml susu cair.

3.       Masukkan 3 sudu gula. Biar sehingga agar-agar tali cair.

4.       Kemudian, tuangkan ke dalam Loyang yang mempunyai sumi.

5.       Untuk membuat lapisan ke-2, ulang proses yang sama dan perasakan dengan strawberry.

6.       Letakkan sedikit warna merah.

7.       Apabila lapisan pertama sudah mengeras, lorekkan sedikit dan tuangkan lapisan ke-2.

8.       Jangan lupa tambahkan sumi jika mahu. Sejukkan di dalam peti.

9.       Untuk lapisan ke-3, gunakan 3 gram agar-agar dan 200 ml air, 100 ml susu cair.

10.   Masukkan 4 sudu gula. Rebus hingga cair.

11.   Perasakan dengan lemon dan warnakan sedikit.

12.   Tuangkan ke dalam Loyang tadi. Sejukkan.

13.  Apabila sejuk, keluarkan agar-agar dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba. 



Comments