AYAM GUNTING KHAIRUL AMING

BAHAN-BAHAN:

Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang) – basuh bersih dan potong nipis

 

BAHAN PERAP:

4 sudu sos tiram

4 sudu serbuk BBQ/ sos black pepper Kimball

Sedikit perahan limau/ lemon

 

BAHAN SADURAN:

Tepung bestari pedas/ original

Tepung ubi/ tepung beras

Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)

 

TAMBAHAN:

Serbuk cili/ serbuk lada putih.


CARA MASAKAN:

1.       Basuh bersih dan potong nipis isi ayam.

2.       Gaul semua bahan perap dan perapkan selama 1 jam.

3.       Guna serbuk cili/ laa putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti.

 

CARA MENGGORENG:

1.       Salutkan ayam dengan bahan saduran. Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran.

2.       Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.

3.       Goreng macam biasa. Kemudian, agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.

4.       Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.

5.       Baru ‘kick’!

6.   Lepastu, bolehlah guntingkan ikut suka ayam nak besar macam mana kan. dah siap! tengok hasilnya. Sekali pandang, sebijik macam ayam gunting Uncle Pasar Malam! takpayah susah-susah nak beli lagi, boleh buat sendiri kat rumah. Semua dapat makan puas-puas. Simple je kan? Bolehlah buat kudap-kudap hujung minggu ni. Selamat mencuba!




Comments